Kita sebagai manusia lebih istimewa berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain kerana mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan penguasaan ilmu ini kita layak menjadi khalifah diatas muka bumi ini. Penguasaan ilmu dapat dilakukan dengan lebih berkesan apabila kita mampu mengurus dan memimpin diri sendiri dengan lebih baik sebelum mengurus dan memimpin orang lain. Sesiapa yang mampu memimpin dirinya sendiri akan berjaya menempuh segala cabaran dan dapat menjadi insan berkualiti dan mampu meberi sumbangan kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.
Misi
· Melahirkan generasi yang cermerlang tanpa mengabaikan kecemerlangan spiritual dan sahsiah.
· Menjadikan generasi berilmu untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Visi
Generasi berpengetahuan dan mencintai ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Objektif
· Meningkatkan kesedaran akan keperluan dan kewajipan menguasai ilmu tanpa had umur.
· Meningkatkan tahap keyakinan dan kemampuan diri serta berupaya membuat keputusan bijak.
· Memperkasakan nilai murni dan jati diri berhubung dengan kekeluargaan dan kemanusiaan